Monday, September 13, 2010

Polis Bantuan TNB

Nama Jawatan

Pengawal Keselamatan Tingkatan Biasa ‘B’ Gred PK03
No. Jawatan

Gred Jawatan

PK03
Bilangan Kekosongan

Bahagian

Tenaga Nasional Berhad
Jabatan

Tenaga Nasional Berhad
Unit

Tenaga Nasional Berhad
Lokasi

Ketua
(Pengurusan Sumber Manusia & Perkhidmatan Pentadbiran)
Bahagian Perkhidmatan Korporat
Tenaga Nasional Berhad
Aras 3, Lobi 1
Bangunan Crystal Plaza, Jalan 51A/223
46100 Petaling Jaya, Selangor

Tarikh Mula Permohonan

9/8/2010 12:00 AM
Tarikh Tutup Permohonan

10/7/2010 12:00 AM
Huraian Tugas & Tanggungjawab


Syarat-syarat Kelayakan

a. Calon Luar

i. Warganegara Malaysia (Lelaki sahaja).

ii. Berumur di antara 18 hingga 26 tahun pada tarikh iklan ditutup.

iii. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengannya dan lulus sekurang-kurangnya enam (6) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu dalam peperiksaan tersebut.

iv. Ketinggian minima 1.65m (5’ 4”) tanpa sepatu.

v. Berat badan minima 47.6 kg (105 paun).

vi. Ukuran dada biasa 81cm ke 86cm (32” – 34”) semasa menarik nafas.

vii. Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketepatan V/6/9 tanpa menggunakan sebarang alat bantuan atau cermin mata.

viii. Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat.

ix. Tidak mempunyai sebarang kecacatan pada tubuh badan dan mental.

x. Bagi calon yang sedang berkhidmat atau bekas pekerja daripada mana-mana organisasi atau syarikat dikehendaki menyertakan surat perakuan perkhidmatan dari organisasi/syarikat tersebut.

xi. Tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.


b. Calon Dari Anggota Kerja TNB

Anggota kerja TNB yang sedang berkhidmat sebagai Pembantu Sokongan Am (Kontrak) atau tetap digred (PS03/04) yang telah disahkan dalam jawatan dan mempunyai prestasi perkhidmatan yang baik juga layak untuk memohon dengan mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing.


c. Calon Dari Bekas Polis Dan Tentera

Bekas Konstabel Polis Diraja Malaysia atau Prebet Angkatan Tentera Malaysia yang telah disahkan dalam jawatan dan mempunyai rekod perkhidmatan yang baik serta berumur tidak melebihi 45 tahun pada tarikh iklan ditutup boleh juga memohon.

Borang Permohonan

Borang TNB 188A
Lain-lain Maklumat


Pengawal Keselamatan Tingkatan Biasa ‘B’ Gred PK03
Gaji Tetap : RM800.00
Elaun Elektrik : RM78.00
Elaun Tetap Khas Pengangkutan : RM120.00
Taraf Jawatan : Tetap

Peringatan :
Salinan Kad Pengenalan dan salinan sijil-sijil akademik yang telah disahkan benar perlu difotostat di atas kertas bersaiz A4 dan dimajukan bersama-sama borang permohonan
Cara Memohon

Calon-calon Luar dan Calon-calon dari Bekas Polis dan Tentera yang berminat bolehlah membuat permohonan dengan memajukan borang TNB 188C yang dilampirkan berserta salinan dokumen-dokumen berkaitan yang telah disahkan.

Calon-calon dari anggota kerja TNB yang berminat bolehlah membuat permohonan dengan memajukan borang TNB 188A yang dilampirkan berserta salinan dokumen-dokumen berkaitan yang telah disahkan melalui Ketua Jabatan masing-masing.

Semua permohonan hendaklah dimajukan kepada :
Ketua
(Pengurusan Sumber Manusia & Perkhidmatan Pentadbiran)
Bahagian Perkhidmatan Korporat
Tenaga Nasional Berhad
Aras 3, Lobi 1
Bangunan Crystal Plaza, Jalan 51A/223
46100 Petaling Jaya, Selangor

Sila tuliskan perkataan “Pengawal Keselamatan Tingkatan Biasa” di bahagian atas sebelah kiri sampul surat permohonan.

Nota

Hanya pemohon yang telah disenaraipendek sahaja akan dipanggil untuk menghadiri ujian fizikal. Pemohon yang lulus ujian fizikal akan ditemuduga pada hari yang sama. Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang jawapan dalam tempoh 6 bulan selepas tarikh tutup iklan, permohonan adalah dianggap tidak berjaya.

***sms 0176871037 untuk mendapatkan borang !!

No comments:

Post a Comment

Post a Comment